RSS

Wednesday, August 25, 2010

Malaysia, Tanah Airku



"Duit..duit...di mana kau duit...!" hahaha..

Tetiba hati gembira sangat sambil bernyanyi lagu duit walhal di bulan ramadhan yang mulia ni kita di galakkan berzikir. Haha.. Tapi kalau di fikir-fikirkan, cepat sangat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah 16 hari kita berpuasa. Dan tak lama lagi cuti sekolah akan bermula, dan selepas itu kita akan menyambut Aidilfitri.

Bila sebut Aidilfitri, teringat kenangan masa dulu-dulu masa aku belajar di Kent, Sabah. 4 tahun yang dulu. Tahun pertama kitorang (dalam 20 orang tapi ada jugak yang anak mak, lari balik...)pakat-pakat nak beraya di perantauan. Konon-kononnya nak merasa beraya di negeri orang, nak merasa beraya jauh dari keluarga. Nak merasa beraya di Sabah.

Sehari sebelum Aidilfitri, kitorang masing-masing masih 'cool'. Kuih raya, baju raya, kad raya semua dah di kirim oleh family masing-masing awal-awal lagi. Jadi tak la rasa sedih sangat bila dengar orang duk bertakbir raya dalam tv.

Keesokkan harinya, bermula la drama air mata bila mana masing-masing dapat call dari family masing-masing. Aku yang kononnya hati batu ni pun berderai jugak ayaq mata. Masa tu memang rasa nyesal sebab tak balik. Haha..Teringat kata-kata papa bila dia dapat tau aku tak balik.

"Awat dia tak balik? Dah ada keluarga, balik la. Kat sana ada sapa?"

Ha...tu dia. Berkias sebenaqnya apa yang papa nak sampaikan tu. Haha..Dan selepas kejadian drama ayaq mata di pagi raya tu, aku dengan member2 lain tak penah dah tak balik time raya. Sebelum posa lagi kami dah booked tiket flight awal-awal dengan harapan tiket murah. Haha...

Tapi, apa yang aku alami semua tu, semua tu aku jadikan sebagai pengalaman hidup. Kalau tak, tak cukup rasa la kan. Haha..& aku bersyukur sebab aku still kat Malaysia gak. Bayangkan pelajar-pelajar yang duk kat luar negara kat luar sana. Iskh..cam ne la gamak nye hari raya diorang kat sana kan.

Dan sebagai pesanan penaja, balik la raya ni kepada sesiapa yang masih ada keluarga walau sesusah mana, sekejap mana pun. Ok.



***************************************************


Tu dia....aku dah melalut pasal hari raya plak dah. Sebenaqnya, aku nak post entri tentang duit raya..



Sedih...tak dapat duit raya dari papa tahun ni..sob..sob...


Ok. Tak payah sedih-sedih. Kerajaan dah bagi hang RM500 dah cukup baguih, tau dak! Haha..
Alhamdulillah, doa kakitangan awam termakbul jua..



Terima Kasih, Malaysia....

Nak kibar Jalur Gemilang raya nanti. Ok tak?


2 comments:

FarhahNur said...

janganharaplahwei.com.my dah cek ke belum?
ntah2 nama kak lia ada tuh!hehe

ikmaLisme said...

yang penting, duit raya imai tahun nie, double.. haha

Post a Comment

 
Copyright Secukup Rasa 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .