RSS

Tuesday, August 24, 2010

Entah la...

Manusia ni ada bermacam-macam jenis. Sepanjang aku hidup di dunia ni, dah bermacam-macam jenis aku jumpa. Ada yang baik hati, boleh di buat kawan, ada yang kawan makan kawan, ada yang talam dua muka, ada juga yang berpura-pura. Aku paling tak faham dengan jenis orang suka berpura-pura. Pendek kata menipu. Depan kita, wah, bukan main baik dia cakap. Belakang kita, adus, hanya Tuhan yang tahu..

Bercakap tentang jenis orang yang suka berpura-pura ni, aku selalu amalkan satu doa selepas sembahyang. Dengan harapan, aku mohon agar dijauhkan dari segala kezaliman manusia samada secara perbuatan atau pun fikiran. Ni doa yang selalu amalkan. Doa yang di ambil kala baca Al-Mathurat.


doa3.gif

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


**********************************************


Tiba-tiba teringat dekat seorang sahabat lama..


Nak dijadikan cerita, aku telah bertemu dengan seorang rakan lama sejak di sek menengah dulu. Agak lama jugak aku tak dengar cerita dia sejak-sejak dia dah berkahwin. Dengan adanya Facebook yang ku kira agak berguna untuk encari kawan-kawan lama, akhirnya jalinan persahabatan yang terpisah, bersambung kembali.

Hati aku punya la gembira dapat berhubung kembali dengan dia disebabkan dia adalah salah seorang kawan yang sangat aku kagumi sewaktu di sekolah menengah. Dia seorang yang sangat berkarisma tinggi, bijak memimpin, ada ilmu agama yang tinggi, senang di ajak berbincang dan sebagainya. Boleh dikatakan, dia seorang yang sangat lengkap sebagai seorang sahabat.


Di pendekkan cerita, kami terpisah kerana mengejar impian masing-masing. Ye la, masa tu mana la ada henpon, fesbuk dan sebagainya. Baru-baru ni sahaja aku dapat berhubung dengan dia. Dia masih macam dulu. Secara luarannya. Agak lama jugak la kami dapat berhubung kembali. Bersembang, bercerita tentang zaman persekolahan yang sangat indah, tentang kehidupannya, pekerjaannya yang kini semakin berkembang dan sebagainya.


Sehinggalah.....aku mendapat khabar terbaru tentang dia. Aku terkejut. Terkedu. Tergamam. Tak tahu apa yang sepatutnya aku ucapkan.


Sahabat yang aku sangat kagumi itu, bukanlah seperti dahulu lagi. Dia bukan lah sahabat yang aku kenal dulu lengkap dengan segala ciri-ciri insan yang sempurna. Dia bukan lah sahabat yang aku kenal dulu yang tinggi ilmu agamanya.


Hilang segala ciri-ciri yang sangat aku kagumi pada sahabat aku itu semuanya hanya lah kerana mengejar kemewahan, nama dan pangkat dalam organisasi yang di pimpin.


Tak elok rasanya jika aku meluahkan apa yang terjadi pada sahabat yang sangat aku kagumi itu. Cukuplah sekadar perkongsian tentang perubahan yang terjadi kepada seorang manusia kerana terlalu mengejar kemewahan, nama dan pangkat sehingga melupakan segala tanggungjawab kepada Penciptanya sendiri..


Aku sangat berharap sahabat aku itu berubah kembali seperti dulu. Sahabat yang sangat aku kagumi...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Secukup Rasa 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .