RSS

Wednesday, September 1, 2010

22 hari


Fuhh...dah 22 hari..apa yang aku dapat sepanjang 22 Ramadhan kali ni? Bila aku kenangkan sepanjang aku berpuasa tahun ni, aku sedih. Sedih sebab aku akui Ramadhan kali ni tak seperti tahun2 yang lalu. Dengan tahap kemalasan yang tinggi, di tambah dengan iman aku yang senipis kulit bawang, segala keberkatan di bulan mulia ni aku pandang sepi. Aku biarkan 'Ramadhan' pergi begitu sahaja. Aku lalai. Leka. Lagha. Astagfirullah...Ya Allah, ampunkan aku..



Ampunkan aku, Ya Allah...

Sunday, August 29, 2010

Cerita Seram

Mood masih dalam nk relax2, baring2 sambil tonton tv walaupun tak de cerita best. Tapi sekali sekala tonton channel Discovery, History best jugak kan. Baru-baru ni buka channel History dengan papa. Dalam hati memang dah kuciwa sebab tak dapat layan drama Melayu lakonan hero pujaan. Tapi apa kan daya, remote tv papa dah genggam kuat2. Dah bagi hint la tu, tak mau tukar channel lain dah.

Lepas je tengok montage, terus aku terpaku kat sofa dalam 2 jam kat situ. Caya la beb.. Memang superb gile cerita dokumentari pergerakan Al-Maunah yang aku tengok. Sangat detail. Berkesan. Walaupun dilakonkan semula, tapi dengan cerita pengalaman yang disampaikan dari 'mangsa-mangsa' sebenar, memang aku tak sangka betapa hebatnya Polis di negara kita. Kesian tengok pengikut-pengikut Mat Amin yang tak bersalah tetapi disebabkan terlalu taksub dengan ajaran dan pengaruh Mat Amin, semua terpesong. Malam tu, aku tido sampai termimpi-mimpi peristiwa kat Bukit Jenalik tu. Serrremm...

Anyway, keadaan menyeramkan sedang menyebulungi aku. Atau bahasa ringkasnya, aku seram sekarang ni. Seram sebab apa? Sebab....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku telah dipanggil untuk ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). *sila rujuk dibawah* Arrgghh...seramnye...

PANGGILAN TEMUDUGA

TARIKH TEMUDUGA : 29-09-2010

MASA TEMUDUGA : 10.30 PAGI

TEMPAT TEMUDUGA : BILIK TEMUDUGA 01,POLITEKNIK SEBERANG PERAI,JALAN PERMATANG PAUH,13500,PERMATANG PAUH,PULAU PINANG


Dan yang pasti mulai dari sekarang, aku harus keja keras mendownload semua bahan-bahan berkaitan dasar-dasar kerajaan, dasar-dasar pendidikan, isu-isu semasa, teori-teori pendidikan dan sebagainya. Nak ditaip kan di sini, berjela mahunye..

Ok, sekarang mau study bagus-bagus macam nak ambik final exam dulu-dulu walaupun tempohnye lagi sebulan.haha..Dan yang penting, mau raya seronok-seronok dulu then, baru fikir interview. Boleh cenggitu??



p/s- teringat masa interview masuk maktab 6 tahun yang lepas. Encik Panel Penemuduga tu tanya, " Pernah pegi Ipoh tak?". Dan tak disangka-sangka aku dapat tawaran ke Maktab Perguruan Ipoh. haha..Agak-agak apa la Encik Panel Penemuduga nak tanya ek?





Wednesday, August 25, 2010

Malaysia, Tanah Airku



"Duit..duit...di mana kau duit...!" hahaha..

Tetiba hati gembira sangat sambil bernyanyi lagu duit walhal di bulan ramadhan yang mulia ni kita di galakkan berzikir. Haha.. Tapi kalau di fikir-fikirkan, cepat sangat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah 16 hari kita berpuasa. Dan tak lama lagi cuti sekolah akan bermula, dan selepas itu kita akan menyambut Aidilfitri.

Bila sebut Aidilfitri, teringat kenangan masa dulu-dulu masa aku belajar di Kent, Sabah. 4 tahun yang dulu. Tahun pertama kitorang (dalam 20 orang tapi ada jugak yang anak mak, lari balik...)pakat-pakat nak beraya di perantauan. Konon-kononnya nak merasa beraya di negeri orang, nak merasa beraya jauh dari keluarga. Nak merasa beraya di Sabah.

Sehari sebelum Aidilfitri, kitorang masing-masing masih 'cool'. Kuih raya, baju raya, kad raya semua dah di kirim oleh family masing-masing awal-awal lagi. Jadi tak la rasa sedih sangat bila dengar orang duk bertakbir raya dalam tv.

Keesokkan harinya, bermula la drama air mata bila mana masing-masing dapat call dari family masing-masing. Aku yang kononnya hati batu ni pun berderai jugak ayaq mata. Masa tu memang rasa nyesal sebab tak balik. Haha..Teringat kata-kata papa bila dia dapat tau aku tak balik.

"Awat dia tak balik? Dah ada keluarga, balik la. Kat sana ada sapa?"

Ha...tu dia. Berkias sebenaqnya apa yang papa nak sampaikan tu. Haha..Dan selepas kejadian drama ayaq mata di pagi raya tu, aku dengan member2 lain tak penah dah tak balik time raya. Sebelum posa lagi kami dah booked tiket flight awal-awal dengan harapan tiket murah. Haha...

Tapi, apa yang aku alami semua tu, semua tu aku jadikan sebagai pengalaman hidup. Kalau tak, tak cukup rasa la kan. Haha..& aku bersyukur sebab aku still kat Malaysia gak. Bayangkan pelajar-pelajar yang duk kat luar negara kat luar sana. Iskh..cam ne la gamak nye hari raya diorang kat sana kan.

Dan sebagai pesanan penaja, balik la raya ni kepada sesiapa yang masih ada keluarga walau sesusah mana, sekejap mana pun. Ok.



***************************************************


Tu dia....aku dah melalut pasal hari raya plak dah. Sebenaqnya, aku nak post entri tentang duit raya..



Sedih...tak dapat duit raya dari papa tahun ni..sob..sob...


Ok. Tak payah sedih-sedih. Kerajaan dah bagi hang RM500 dah cukup baguih, tau dak! Haha..
Alhamdulillah, doa kakitangan awam termakbul jua..



Terima Kasih, Malaysia....

Nak kibar Jalur Gemilang raya nanti. Ok tak?


Tuesday, August 24, 2010

Entah la...

Manusia ni ada bermacam-macam jenis. Sepanjang aku hidup di dunia ni, dah bermacam-macam jenis aku jumpa. Ada yang baik hati, boleh di buat kawan, ada yang kawan makan kawan, ada yang talam dua muka, ada juga yang berpura-pura. Aku paling tak faham dengan jenis orang suka berpura-pura. Pendek kata menipu. Depan kita, wah, bukan main baik dia cakap. Belakang kita, adus, hanya Tuhan yang tahu..

Bercakap tentang jenis orang yang suka berpura-pura ni, aku selalu amalkan satu doa selepas sembahyang. Dengan harapan, aku mohon agar dijauhkan dari segala kezaliman manusia samada secara perbuatan atau pun fikiran. Ni doa yang selalu amalkan. Doa yang di ambil kala baca Al-Mathurat.


doa3.gif

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


**********************************************


Tiba-tiba teringat dekat seorang sahabat lama..


Nak dijadikan cerita, aku telah bertemu dengan seorang rakan lama sejak di sek menengah dulu. Agak lama jugak aku tak dengar cerita dia sejak-sejak dia dah berkahwin. Dengan adanya Facebook yang ku kira agak berguna untuk encari kawan-kawan lama, akhirnya jalinan persahabatan yang terpisah, bersambung kembali.

Hati aku punya la gembira dapat berhubung kembali dengan dia disebabkan dia adalah salah seorang kawan yang sangat aku kagumi sewaktu di sekolah menengah. Dia seorang yang sangat berkarisma tinggi, bijak memimpin, ada ilmu agama yang tinggi, senang di ajak berbincang dan sebagainya. Boleh dikatakan, dia seorang yang sangat lengkap sebagai seorang sahabat.


Di pendekkan cerita, kami terpisah kerana mengejar impian masing-masing. Ye la, masa tu mana la ada henpon, fesbuk dan sebagainya. Baru-baru ni sahaja aku dapat berhubung dengan dia. Dia masih macam dulu. Secara luarannya. Agak lama jugak la kami dapat berhubung kembali. Bersembang, bercerita tentang zaman persekolahan yang sangat indah, tentang kehidupannya, pekerjaannya yang kini semakin berkembang dan sebagainya.


Sehinggalah.....aku mendapat khabar terbaru tentang dia. Aku terkejut. Terkedu. Tergamam. Tak tahu apa yang sepatutnya aku ucapkan.


Sahabat yang aku sangat kagumi itu, bukanlah seperti dahulu lagi. Dia bukan lah sahabat yang aku kenal dulu lengkap dengan segala ciri-ciri insan yang sempurna. Dia bukan lah sahabat yang aku kenal dulu yang tinggi ilmu agamanya.


Hilang segala ciri-ciri yang sangat aku kagumi pada sahabat aku itu semuanya hanya lah kerana mengejar kemewahan, nama dan pangkat dalam organisasi yang di pimpin.


Tak elok rasanya jika aku meluahkan apa yang terjadi pada sahabat yang sangat aku kagumi itu. Cukuplah sekadar perkongsian tentang perubahan yang terjadi kepada seorang manusia kerana terlalu mengejar kemewahan, nama dan pangkat sehingga melupakan segala tanggungjawab kepada Penciptanya sendiri..


Aku sangat berharap sahabat aku itu berubah kembali seperti dulu. Sahabat yang sangat aku kagumi...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan...

Salam Ramadhan Al Mubarak

Thursday, July 15, 2010

Mama Oh Mama

Teet..Teet...(bunyi lagu dari henpon aku tanda ada mesej masuk..)

1 message received from Mama Syg

Mama Syg :
Lia, balik dak minggu ni?

Aku :
Lia balik hari sabtu kot...pagi sabtu tu ada meeting...awat mama?

Mama Syg :
Sj tanya...

(then, baru aku teringat...)

Aku :
Mama ada nk p mana2 ka?

Mama Syg :
Tak p mana pun...

Aku :
Mama nk p pasar malam dak?beli tudung ka, apa2 ka...kalau nk, lia balik hari jumaat, esoknye lia p meeting...

Mama Syg :
Ok jugak..(nada gembira)

Aku :
Ok....esok lia balik...

Sori mama....anak mama ni lupa pada mama...dah lama sebenarnya mama duk ajak aku p pasar malam dengan dia...tapi disebabkan aku yg selalu je ada meeting hari sabtu, aku tak berkesempatan nk teman mama..& satu lagi, hari jumaat je slalu hujan...haadoiiii...

Mama sekarang ni aku tengok, banyak mengharapkan aku...ye la, akak2 & adik2 aku semuanye keja kat KL...yang ada kt penang ni pun, dh berkeluarga, dia xmau kacau katanye....so, aku ni la yang diharapnya...tiap kali aku balik hujung minggu, mestinye di ajak nye aku p Econsave la, Pasar Malam la, Pasar Kemboja la, Bank la...

Dulu, mama boleh pegi sendiri...sekarang bila tanggungjawab mama bertambah selain uruskan keluarga, papa, mama kena jaga nenek yang kurang sihat & si yasmin yang banyak kerenah...

Sungguh kuat mama..aku kagum dengan kekuatan & ketabahan mama....moga aku juga boleh jadi ibu yang sekuat mama....aku sayang mama..

Jap...nk post 1 gambar mama syg...



Aku dengan Mama Syg masa konvo aku hari tu..



p/s: aku anak papa & mama..:)

Rindu Kamu Semua


Dalam duk penat2 mengajar ni, kadang2 teringat kat kamu semua...kalau la, aku dapat jumpa kamu semua, agak2 ini soalan yang aku akan tanya....
  1. apa khabar kamu semua ye?
  2. kamu semua sihat ke?
  3. kamu semua masih macam dulu ke?
  4. kamu semua masih ingat pada aku?
  5. kamu semua rindu pada aku tak?

Ntah la...banyak sungguh kenangan aku dengan kamu semua...sekarang ni, aku percaya kamu semua dah ada life masing2...itu belum kira dengan separuh dari kamu semua yang di postingkan ke pedalaman....apa cerita kamu semua di sana ye? harap kamu semua sihat dan hidup dengan gembira di sana..(termasuklah Mr. M aku...hehehe...)



Aku rindu kamu semua..




Arrrgghh...rindu kamu semua...kawan-kawanku...
PISMK OUM 2006 -2009






p/s- kan seronok kalu kamu semua ada blog selain facebook...:)



 
Copyright Secukup Rasa 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .