RSS

Sunday, August 29, 2010

Cerita Seram

Mood masih dalam nk relax2, baring2 sambil tonton tv walaupun tak de cerita best. Tapi sekali sekala tonton channel Discovery, History best jugak kan. Baru-baru ni buka channel History dengan papa. Dalam hati memang dah kuciwa sebab tak dapat layan drama Melayu lakonan hero pujaan. Tapi apa kan daya, remote tv papa dah genggam kuat2. Dah bagi hint la tu, tak mau tukar channel lain dah.

Lepas je tengok montage, terus aku terpaku kat sofa dalam 2 jam kat situ. Caya la beb.. Memang superb gile cerita dokumentari pergerakan Al-Maunah yang aku tengok. Sangat detail. Berkesan. Walaupun dilakonkan semula, tapi dengan cerita pengalaman yang disampaikan dari 'mangsa-mangsa' sebenar, memang aku tak sangka betapa hebatnya Polis di negara kita. Kesian tengok pengikut-pengikut Mat Amin yang tak bersalah tetapi disebabkan terlalu taksub dengan ajaran dan pengaruh Mat Amin, semua terpesong. Malam tu, aku tido sampai termimpi-mimpi peristiwa kat Bukit Jenalik tu. Serrremm...

Anyway, keadaan menyeramkan sedang menyebulungi aku. Atau bahasa ringkasnya, aku seram sekarang ni. Seram sebab apa? Sebab....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku telah dipanggil untuk ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). *sila rujuk dibawah* Arrgghh...seramnye...

PANGGILAN TEMUDUGA

TARIKH TEMUDUGA : 29-09-2010

MASA TEMUDUGA : 10.30 PAGI

TEMPAT TEMUDUGA : BILIK TEMUDUGA 01,POLITEKNIK SEBERANG PERAI,JALAN PERMATANG PAUH,13500,PERMATANG PAUH,PULAU PINANG


Dan yang pasti mulai dari sekarang, aku harus keja keras mendownload semua bahan-bahan berkaitan dasar-dasar kerajaan, dasar-dasar pendidikan, isu-isu semasa, teori-teori pendidikan dan sebagainya. Nak ditaip kan di sini, berjela mahunye..

Ok, sekarang mau study bagus-bagus macam nak ambik final exam dulu-dulu walaupun tempohnye lagi sebulan.haha..Dan yang penting, mau raya seronok-seronok dulu then, baru fikir interview. Boleh cenggitu??



p/s- teringat masa interview masuk maktab 6 tahun yang lepas. Encik Panel Penemuduga tu tanya, " Pernah pegi Ipoh tak?". Dan tak disangka-sangka aku dapat tawaran ke Maktab Perguruan Ipoh. haha..Agak-agak apa la Encik Panel Penemuduga nak tanya ek?





1 comments:

FarhahNur said...

La..ingat movie apeke yang seram tadi.
Err tapi mmg pekara WAJIB SERAM temuduga tueh.
Eeee seramm..heheh

Post a Comment

 
Copyright Secukup Rasa 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .